Rabu, 3 Ogos 2011

Cara Pembentukan Bulu Kening


CARA PEMBENTUKAN BULU KENING

NAMA PENSYARAH : ENCIK JAMIRUL SINAIL
SUBJEK : HMU 542






CARA PEMBENTUKAN BULU KENING


Bulu kening atau alis mata yang sepadan dengan bentuk muka boleh menambahkan seri dan kejelitaan wanita .Setiap wanita inginkan bulu kening yang kemas dan cantik.Bulu kening yang tumbuh berselerak di atas dan di bawah garisan semulajadi mata perlu dicabut paling kerap seminggu sekali supaya ia sentiasa kelihatan menarik.Ramai wanita mengangap membentuk bulu kening sesuatu yang remeh.Sebenarnya membentuk bulu kening juga memerlukan teknik dan kaedah yang betul seperti yang diajar di sekolah-sekolah kecantikan.


Bagi wanita yang memiliki kulit sensitif di bahagian kening dan berasa sakit apabila bulu kening dicabut,gunakanlah kaedah lain yang difikirkan sesuai seperti mencukur atau menggunakan benang dan lilin pencabut bulu kening.Tujuannya mengelakkan kulit yang sensitif itu daripada bengkak,luka dan mendapat jangkitan.

Pastikan anda mempunyai cukup peralatan apabila ingin membentuk bulu kening,seperti cermin,penyepit atau pencabut bulu (tweezer),gunting,pencukur,berus kening,kapas dan antiseptik.Anda juga boleh menambah bahan-bahan lain yang difikirkan perlu seperti, losen pelembap,air suam,tisu ,pensil kening dan bekas untuk menyimpan peralatan.

Pastikan anda mengikut urutan membentuk bulu kening yang betul bermula dari bahagian 1,2,3,4 dan 5,seperti pada gambar yang ditunjukkan.Ini bertujuan mempermudahkan anda menyesuaikan bentuk dan saiz bulu kening mengikut kesan yang dikehendaki.Mulakan mencabut di bahagian pangkal dan bawah kening dahulu kemudian menyusul kebahagian atas kening.Lakukan dengan berhati-hati dan tidak perlu terburu-buru.Dengan cara ini kesilapan membentuk dapat dielakkan.Bukan semua wanita memiliki bulu kening yang lebat atau tebal secara semulajadi.Sesetengah wanita hanya memiliki bulu kening yang nipis dan sedikit,maka pensil kening boleh digunakan.

Cara pembentukan menggunakan pensil kening

- Layangkan eyebrow pensil pada kening dengan mengikut bentuk kening
- Pastikan kening dibentuk mempunyai puncak dan hujung yang runcing
- Ambilkan berus kening dan beruskan supaya kening kelihatan rata dan cantik

Peralatan

- Eyebrow pensil
- Berus kening
- Cotton bud




Selasa, 2 Ogos 2011

High Definition Makeup




TUGASAN 2

" HIGH DEFINITION MAKEUP "

Nama Pensyarah : Encik Jamirul Sinail
HMU 542










High Definition Makeup

- Kualiti makeup yang sharp sehingga membolehkan nampak bentuk asal muka        

Bahan : - Mempunyai bahan yang semulajadi (mineral)
            - Kulit muka akan kelihatan cantik, gebu dan bersih
            - Dapat memantulkan semula cahaya               


High Definition Elixir


  • Serum untuk efektif pada kulit wajah dengan dapat menghidrat struktur kuli wajah dengan cepat tampa memberi kesan kering
  • Dapat tahan dengan lebih lama
  • Mempunyai bahan D- phatenol, Gliserin, Argntensyl
Gliserin

Gliserol (atau gliserin) ialah satu sebatian poliol mudah. Ia tidak berwarna, tiada bau, cecair likat yang digunakan dengan meluas dalam perumusan farmaseutikal. Gliserol mempunyai tiga kumpulan-kumpulan hidroksil hidrofilik yang bertanggungjawab untuk kelarutannya di dalam air dan sifat higroskopiknya. Tulang belakang gliserol pusat bagi semua lipid yang dikenali sebagai trigliserid. Istilah polyglycerol merujuk kepada banyak molekul gliserol bersama.


High Definition Cover Foundation



  • Bedak asas yang cecair dan bebas daripada minyak serta membuatkan kulit wajah kelihatan halus
  • Kulit akan menjadi kering jika menggunakannya, jadi pengguna hendaklag menggunakan pelembab terlebih dahulu
  • Menonjolkan kesan lembut dan sempurna
  • Mempunyai bahan pigmen yang sangat kuat bagi menutupi kecelakaan
  • Mestilah disapu  dengan rata, cepat dan menggunakan brush kabuki
  • Sapukan dibahagian tengah kemudian layangkan dibahagian tepi

High Definition Powder


  • Sejenis loose powder yang mengandungi 100% mineral silica dan boleh disapu pada wajah sebelum dan selepas bedak asas
  • Mengawal minyak dan berwarna putih
  • Bersifat tembus cahaya dan sesuai untuk semua jenis warna kulit
  • Melembutkan kulit serta kulit wajah kelihatan glowing

High Definition Eyeshadow

  •  bahan mineral yang mempunyai pigmen yang sangat tinggi serta tahan lebih lama berbanding eyeshadow biasa
  • Penyapuannya lebih halus dan mestilah rata

High Definition Blusher
  • Mempunyai pigmen yang sangat kuat
  • Membuatkan pipi kelihatan lebih gebu dan cantik
  • Warnanya sama seperti didalam botol
  • Bersifat gel dan tidak mudah hilang
  • Bertekstur sangat ringan dan tidak boleh tersumbat pada liang roma
Contoh barang lain :

  • Hig Definition Mascara

  • High Definition Lip Gloss

  • High Definition Kabuki Brush