Diploma Beauty & Health In Geomatika International College
Pensyarah : Encik Jamirul Sinail
Pensyarah : Encik Jamirul Sinail
DEFINISI NUTRIEN
Makanan yang mengandungi tenaga, zat makanan dan komponen lain yang memberi kesan kepada kesihatan. Kita memerlukan tenaga dan zat makanan yang penting sebab badan tidak dapat mengeluarkan sendiri dan mesti diambil dari makanan. Terdapat 40 jenis zat makanan yang dikumpul dalam enam jenis zat makanan utama iaitu KARBOHIDRAT, LEMAK, PROTEIN, VITAMIN, GARAM GALIAN DAN AIR.
AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT
- Makan mengikut piramid makanan
- Imbangkan makanan yang dimakan dengan aktiviti fizikal
- Makan mengikut keperluan
- Lebihkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan
-Kurangkan pengambilan lemak
-Banyakkan meminum air
-Makan makanan yang bersih dan selamat
IMBAGAN KALORI DAN BERAT BADAN
- Orang dewasa perlu menetukan pengambilan dan penggunaan tenaga seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya pengambilan tenaga lebih daripada jumlahnya, ia akan disimpan oleh badan sebagai lemak di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glycogen dan dibawah kulit dalam bentuk lemak.
3 500 kalori yang disimpan = berat badan akan meningkat lebih kurang 1 lb (450 gram)
KALORI BAGI SETIAP KILOGRAM BERAT BADAN
Kategori berat badan aktiviti
Aktivit Ringan | Sederhana Aktif | Sangat Aktif (Berat) | |
Berlebihan Berat Badan | 20 - 25 | 30 | 35 |
Berat Normal | 30 | 35 | 40 |
Kurang Berat Badan | 35 | 40 | 45 - 50 |
DEFINISI BMI
- Index Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Ia digunakan bagi menentukan status pemakanan, sama ada kurang, normal atau lebih dan dikira daripada ukuran berat badan dan ketinggian dan dibanding dengan jadual pengkelasan. Bmi juga boleh menunjuk anggaran jumlah lemak badan. Individu dalam keadaan kekurangan tenaga kronik dikatakan sebagai kurus. Keadaan obesiti menggambarkan individu yang gemuk dan telah lama lebih makanan.
PENGIRAAN BERAT BADAN IDEAL ( BMI )
- Berat anda dalam kilogram dibahagi dengan (tinggi anda dalam meter darab tinggi anda
- Berat anda dalam kilogram dibahagi dengan (tinggi anda dalam meter darab tinggi anda
dalam meter
= berat (kg) / [tinggi (m) x tinggi (m)]
- untuk mengetahui bahawa badan kita sihat atau tidak, selepas pengiraan BMI bandingkan
dengan pengekelasan mengikut umur.
Contoh kiraan; berat seorang yang berketinggian 1.54m ialah 48kg. :
48kg / (1.54 m x 1.54 m) = 20.2
Contoh kiraan; berat seorang yang berketinggian 1.54m ialah 48kg. :
48kg / (1.54 m x 1.54 m) = 20.2
Indeks Jisim Tubuh (BMI) =
Berat badan (kilogram)
_____________________________
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)
Berat badan (kilogram)
_____________________________
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)
SEMAK NILAI BMI PADA JADUAL
Kelas BMI (kg/m²)
Kurang berat < 18.5
Normal (berat badan unggul) 18.5 – 24.9
Berat badan berlebihan > 25.0
Pra-obes 25.0 – 29.9
Obes Kelas 1 30.0 – 34.9
Obes Kelas 2 35.0 – 39.9
Obes Kelas 3 > 40.0
Maka nilai BMI 20.2 terletak dalam julat BMI yang normal
Kelas BMI (kg/m²)
Kurang berat < 18.5
Normal (berat badan unggul) 18.5 – 24.9
Berat badan berlebihan > 25.0
Pra-obes 25.0 – 29.9
Obes Kelas 1 30.0 – 34.9
Obes Kelas 2 35.0 – 39.9
Obes Kelas 3 > 40.0
Maka nilai BMI 20.2 terletak dalam julat BMI yang normal
PENGEKELASAN BMI
BERAT BADAN BERADA PADA TAHAP | KEDUDUKAN BERAT BADAN |
< 18.5 | -Kurang berat badan (kekurangan tenaga kronik ) |
18.5 < 25 | - berat badan unggul (kesesuaian ) |
25- <30 | -Berat badan berlebihan |
30 ke atas | -obese |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan